Toh Puan Norkiah, isteri kepada Yang Di-Pertua Negeri Sarawak Keenam, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng, meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak , Kuching pada Rabu.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 12 dua minit tengah hari kerana komplikasi, selepas mengalami strok dan pendarahan di bahagian otak pada 3 April lalu.